Ramadan 2019 order sofa baru

Tajuk yang poyo... statemen beli sofa raya yerr? act of show-off ye?

thing is pada masa aku menaip pos ini... blog aku ni takde visitors... pada masa depan nanti tak taulah yg pasti aku tak harap ada visitors pun dan aku tak kisah pun...

blog aku adalah catatan aku untuk bacaan aku sendiri. aku nak rekod segala aktiviti aku... utk mudah aku buat rujukkan di masa depan. keutamaan ialah aku n nak rekod proses aku buat komik ataau segala studiowork lah. tapi tu la dah banyak ari miss update blog... dan aku taknak spend masa lama sangat utk menulis blog...

cam sebelum ni pos aku ialah potong rambut. Tak sempat aku nak citer panjang2... aku just nak rekod bila masa aku potong rambut aku tu...

ok.. cut prakata.. so pos ni... kemarin aku n mylady pergi cari sofa baru... kat Bangi.. keputusan membeli sofa agak drastik... tak berapa buat survey and research pun.

Mylady buat research pagi... petangnya kami pergi beli... not mystyle... her style hahaha...
kedai cadangan ialah Franchais Perabot Bahagia. On the way... masuk Bangi melalui Tol Kajang singgah blog kedai perabot di antara Shell dan Petronas tu... dah masuk semua kedai test semua jenis sofa just nak dapat rasa n harga untuk dibandingkan dengan kedai Bahagia tu nanti...

Setelah mengecewakan semua salesman Bangla di situ kami pun terus tuju ke kedai perabot BAHAGIA tu. Sebelum minta bangla tunjuk sofa yang ditayang dalam flyer...

test duduk sofa mahal full leather... oh sedapnya bontot pinggang lumbar dan tengkuk juga mendapat urutan pasif dengan hanya bersandar...

ok test pulak sofa yg plan nak beli pulak... adoi tak sedapnya. sekadar nak duduk kejap boleh la... nak duduk bersandar atau baring semua posisi tak sedap...

plan nak beli 3 barang... sofa, coffee table dan tv cabinet... aku cadangkan beli sofa je dulu.. mylady buat duckface monyok... ok la angkut sofa dgn coffee table je... tv cabinet postpon. baru dia ok. deal harga... dapat la diskaun RM500.. mylady ni kalo dah suka terus sangkut terus lembut hati... skala mahal murah pun terus rosak... adoiiii. ok paid n sold.

sampai rumah mylady menggatal tangan nak scroll... merengek berbakul2 alaaa sana alaa sini.. rupanya dapat diskaun rm100 je.

iktibarnya... utk rekod peribadi yg bole juga dikongsikan- kalau nak beli apa2 in this case: sofa... wajibkan diri buat search di internet dulu.



Comments