weekend di alam lain

Sabtu
pagi
demo ni utk persembahan PIBG Kolej Vokasional rupanya...
team demo terdiri daripada:
yellow belter me 41, Sir Hafiz 36, red belter bro is 45, mem syahida 25 n blue belter azmeera 25
sebelum persembahan kami stretching n praktis

bila persembahan bermula
Sir Hafiz tidak diberi peluang membuat briefing
kami terus saja beraksi:
demo basic steps (aku agak fail- masa praktis pun aku fail termasuklah masa ujian grading haha)
demo free sparring women on guard
demo self defense 2 vs one... aku n bro is villain to sir as hafiz hero
demo pecah papan part aku pegang papan tebal utk sir hafiz. Part aku pula ialah pecah papan dgn punch- setel... papan plywood je untuk pun. sbb sir hafiz nak pastikan pecah bila ditumbuk. Aku rasa aku yakin boleh pecahkan middle range punya level papan.
azmeera gagal pecahkan papan dgn turning kick even dgn kasut strike to plywood.

persembahan kami diakhiri dgn YDP pibg memecahkan papan dgn tumbukkan. tapi aku agak tak setuju dgn scene yg ni. sbb mendedahkan kelemahan persembahan iaitu papan yg kami pecahkan tu... sesiapa pun boleh pecahkan. cuma ydp tu agak tua juga... macam dah 60+ je. 2 papan sepatutnya 1 ydp punya satu lagi pengetua kot... tapi pengetua enggan buat sbb keadaan dia yg bertongkat. maka sir Hafiz minta ydp pecahkan 2... so lepas beliau berjaya pecahkan papan pertama nampak ydp tu agak cuak bila diminta pecahkan 1 lagi sambil mengurut2 penumbuk yg nampak cam menggigil kesakitan... ditumbuk juga dan pecah. risau pula aku org tua tu bengkak tangan ke retak tulang ke... semoga semuanya ok...

petang
bergerak ke asrama myson sekitar jam 12- lunch hour. kami spend masa di tesco Jenjarom. makan di texas chicken kegemaran dia. then shopping jajan dia... lepas meninggalkan dia aku rasa sebak dan tak puas jumpa. this is me softhearted

Ahad
ari ni... tekwondo kelas cam biasa... aku sorang je pelajar dewasa. tapi aku dah takde rasa segan atau malu lagi. aku enjoy terkinja2 berlari2 dgn kanak2 haha... dan... aku masih belum pandai ikat belt dengan cara yang betul... aperdaa haha padahal ia lebih simple dari ikat neck tie...

pulang ke rumah buka facebook... feed: PBAKL... oh minggu Pesta buku antarabangsa KL rupanya... sebelum ini masa aku sedang aktif melukis komik me n mylady pergi ke PBAKL shopping buku, and i dont really enjoy it actually... setiap kali pergi pesta buku aku kena migrain, aku jadi mabuk sebab bingit dan ramai sangat orang. Pernah sekali datang sebagai artis buku Karangkraf. sekali tu jugalah aku mabuk teruk. Aku rasa aku tak sesuai jadi orang popular. So tahun selepas itu aku menolak semua jemputan promosi atas alasan kesihatan dan disokong juga dengan faktor lain yang maleh aku nak citer...

PBAKL kali ini... aku tidak lagi ke sana... tak perlu dan tak mahu... aku di alam lain. training taekwondo... sakit, penat bermandi peluh but i really enjoying it...

aku terjumpa kayu lebihan kitchen cabinet. agak tebal tapi aku rasa tak sekuat mana kot... well the only way to find out is... give a punch lah- setel. easy je... kayu ni panjang. so lepas ni try dengan kick pula lah.

statue: tiada progress. cuti haha

allright thats all..



Comments