kembali kayuh basikal

Aku tak tau org lain... tapi aku sgt merasakan kerja guna otak lebih penat dari kerja guna fizikal. Tapi aku rasa sejak join kelas taekwondo ni kepenatan otak tu diseimbangkan dengan kepenatan dan kesakitan badan ... my teori je la haha...

Sejak join taekwondo sentisa ada bahagian badan aku yg sakit setiap hari setiap masa... sakit tu pula ada yg beberapa jam dah pulih... ada juga yang dah berbulan masih rasa lagi sakitnya... sakit koyak otot tu dah macam pakaian wajiblah.. dah lali. Sakit yang rasa macam kecederaan dalaman pun ada... kat pinggang, siku, bengkak kaki kiri tendang punchbag 2-3 minggu lepas masih ada lagi dan masih terasa sakitnya. bila turun tangga lutut kaki kiri akan berlaku tulang berbunyi macam kita letup2 jari jemari tu... macam dah lari alingment ke apa ntah la... joint kaki dengaan badan jadi kesakitan yg dominant apabila aku buaat turning kick.  lantaknya lah haha asalkan boleh jalan lari dan training sudahlah...

banyak hari miss tulis blog. sebab banyak masa termenung setup jalan cerita utk komik. satu proses yg mencengkam minda kalau nak hasilkan komik yg panjang atau nama lainya- novel grafik. paling banyak terjadi ialah termenung tengok kertas kosong lalu tersengguk-sengguk atau terlelap secara tiba2.. 

semalam ahad
pagi
lepas solat subuh - terus mulakan sessi membuat draf komik. lepas tu pegi beli brekfast.
baliknya- lepas gian cycling.

Pagi semalam dan pagi ari ni aku lepas gian yg lama terpendam. cycling pusing kejiranan... oh man feel so good... malas nak amik gambar dlm sesi ni utk blog... aku nak fokus layan sedap cycling pagi.

balik cycling baru brekfast. pastu terus pegi kelas taekwondo... ari ni aku datang sebagai pembantu jurulatih. bukan pelajar. tapi aku curi2 juga join budak2 berlari dan terkinja2 macam biasa haha...

tengah hari sampai malam sambung termenung cari jalan cerita komik.

dan hari ini Isnin draf cerita siap.

ini antara halaman draf yg lukisanya paling 'nampak' subjeknya. Dapat set 100 halaman. harap2 dapat kurangkan jumlahnya bila masuk stage pencil drawing nanti.

petang
aku mula workout awal. iaitu sebaik saja siap buat draf komik. mental penat. workout adalah satu cara buang stress dan kelesuan otak... haha term bedal2 je ni... dimulakan dengan stretching taekwondo level.

myson (3 dari kiri) join Choral speaaking competition ari ni. team dia dapat silver dengarnya. good for you boy!



Comments